Thursday, 8 December 2011

Kesanggupan Para Pendidik Untuk Mengajar di Kawasan Pedalaman

     Suatu ketika dahulu, Berita Utama TV3 pernah mengupas isu berkenaan para guru yang ti dak sanggup berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk mengisi kekurangan tenaga pendidik pakar di kawasan pedalaman dalam lingkupan negeri-negeri di Pulau Borneo itu. Di sini kita dapat melihat betapa kecilnya golongan yang disanjung tinggi oleh masyarakat untuk mendidik anak bangsa apabila mereka mengeluh tatkala diberi tanggungjawab yang murni untuk dilaksanakan.

     Sekiranya pada masa ini karakter tersebut telah terbentuk di dalam diri para pendidik kita, bagaimana pula dengan masa-masa yang akan datang? Adakah terbela nasib permata-permata negara yang ditelangkupi oleh kawasan pedalaman? Bisakah tercapai matlamat dan visi para pendidik yang telah mereka ikrarkan sebelum bergelar siapa-siap dahulu? Mungkin ketidaksanggupan ini berpunca daripada ketidakadilan dalam pembahagian gaji yang berpatutan dengan beban. Tetapi berbaloikah apa yang telah para pendidik kita dapat dengan apa yang telah mereka beri? Bukankah memberi itu lebih baik daripada menerima? Maka, di manakah persona yang harus diterjemahkan oleh para pendidik kita sebagai golongan terpelajar yang ingin mengajar serta belajar?

     Sebagai penawar kepada penyakit ini, saya teruja untuk berkongsi beberapa langkah yang boleh dilaksanakan agar masalah ini tidak menjadi semakin ruwet. Pertama, kerajaan amnya dan Kementerian Pelajaran khususnya perlu mempertimbangkan takat gaji para guru yang dihantar ke kawasan pedalaman. Golongan pendidik juga harus diwajibkan untuk menghadiri bengkel yang boleh membentuk jati diri yang tinggi terhadap kebertanggungjawaban dalam pembentukan masa depan anak bangsa. Selain soal wang ringgit, kerajaan perlu peka dan mengambil berat akan kebajikan guru-guru yang sudi menyahut cabaran untuk mengajar di kawasan pedalaman kerana mereka dikelilingi pelbagai risiko yang tidak diduga memandangkan litupan kawasan yang tidak meluas berbanding di kawasan bandar.

    Dengan rasa rendah diri, saya ingin membuka persoalan-persoalan yang telah dikemukakan tadi buat tatapan serta pencetus idea saudara saudari untuk sama-sama kita membincangkan isu ini. Selamat berforum semua!

5 comments:

  1. this thing has been an issue since many years ago..and if it's even me who faced it, i will be reluctant to teach in that area...only teachers who are tough and willing enough will do this..huhu

    ReplyDelete
  2. Saya rasa memang cadangan tersebut boleh ditimbang oleh pihaik berwajib kerana bebanan kewangan juga menjadi kekangan kepada guru- guru untuk mengajar di kawasan pedalaman.

    FATIN NADIAH A129393

    ReplyDelete
  3. hai diana
    .Sebagai pandangan saya.saya bersetuju dengan pendapat anda.pada masa kini,guru-guru lebih ramai memilih untuk tidak ke kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak kerana bakal pendidik sekarang merasakan mengajar di pedalaman merupakan suatu mimpi ngeri bagi mereka.mereka bertnya kepada senior2 yang pergi mengajar disana.snior2 mereka menceritakan pengalaman buruk kepada mereka seperti bangun awal pagi untuk menaiki rakit ke sekolah,merentasi hutan sebelum sampai ke sekolah,tempat sekolah yang amat jauh dari kediaman dan sebagainya.Senior2 sepatutnya memberi semangat untuk adik2 mereka ataupun bakal2 guru tapi sebaliknya mereka memberi maklum balas yang buruk kepada mereka.
    sama2lah kita fikirkan jalan penyelesaian yang sepatutnya untuk maslah ni.salam ikhlas dari saya.

    hassan m.a
    a129428

    ReplyDelete
  4. I agree in what you proposed in this topic. The 'people' do not see the problems in the teachers shoes. They took their unwillingness as an excuse to not go to the rural areas. How about the teachers expenses? Even in other career paths, the employees must take care of their finance but teachers can starve to death? The cost for the teachers to move far away from their hometown and also the facilities deficient in the rural areas make them think twice about reposting. The allowances that the government give to these teachers must be appropriate so that the teachers will not feel burdened. But the teachers themselves must have the willingness to go and teach at the rural areas. Students are the same everywhere. Do not make any stereotypes towards rural students as if they are dumb and lazy. Everyone is anybody but can be somebody.

    from,
    Nor Amirul Arshad A126280

    ReplyDelete
  5. Salam satu Malaysia.

    Berkenaan dengan langkah-langkah yang telah saudari cadangkan, saya amat bersetuju dengan pandangan saudari di mana perlunya penilaian semula takat gaji bagi guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi memberi kemudahan kepada golongan ini yang mungkin menghadapi kesukaran untuk tinggal dan mengajar di kawasan pedalaman. Pemberian elaun tambahan adalah wajar untuk mereka kerana ia sedikit sebanyak dapat menjadi 'habuan' bagi guru-guru yang sanggup berkorban mendidik anak-anak pedalaman yang sangat memerlukan pendidikan yang lebih formal.

    Sekian.

    NURUL IZZATI ZAIMY
    A129056

    ReplyDelete