Dewasa ini, para guru harus lebih peka akan minat pelajar yang lebih cenderung untuk bermain sambil belajar kerana konsep pembelajaran seperti ini membolehkan pelajar memahami maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih efektif dan mereka tidak seharusnya disuap dengan pembacaan berdasarkan buku sepanjang masa. Dengan adanya permainan yang diselitkan di dalam sesi P&P, guru dan murid akan saling berinteraksi di samping bertukar pendapat dalam hala tuju yang sama, iaitu berkongsi pengetahuan.
No comments:
Post a Comment