Thursday, 8 December 2011

Video Kerja Berkumpulan (Pinnacle Software Assisted Production)


Kesanggupan Para Pendidik Untuk Mengajar di Kawasan Pedalaman

     Suatu ketika dahulu, Berita Utama TV3 pernah mengupas isu berkenaan para guru yang ti dak sanggup berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk mengisi kekurangan tenaga pendidik pakar di kawasan pedalaman dalam lingkupan negeri-negeri di Pulau Borneo itu. Di sini kita dapat melihat betapa kecilnya golongan yang disanjung tinggi oleh masyarakat untuk mendidik anak bangsa apabila mereka mengeluh tatkala diberi tanggungjawab yang murni untuk dilaksanakan.

     Sekiranya pada masa ini karakter tersebut telah terbentuk di dalam diri para pendidik kita, bagaimana pula dengan masa-masa yang akan datang? Adakah terbela nasib permata-permata negara yang ditelangkupi oleh kawasan pedalaman? Bisakah tercapai matlamat dan visi para pendidik yang telah mereka ikrarkan sebelum bergelar siapa-siap dahulu? Mungkin ketidaksanggupan ini berpunca daripada ketidakadilan dalam pembahagian gaji yang berpatutan dengan beban. Tetapi berbaloikah apa yang telah para pendidik kita dapat dengan apa yang telah mereka beri? Bukankah memberi itu lebih baik daripada menerima? Maka, di manakah persona yang harus diterjemahkan oleh para pendidik kita sebagai golongan terpelajar yang ingin mengajar serta belajar?

     Sebagai penawar kepada penyakit ini, saya teruja untuk berkongsi beberapa langkah yang boleh dilaksanakan agar masalah ini tidak menjadi semakin ruwet. Pertama, kerajaan amnya dan Kementerian Pelajaran khususnya perlu mempertimbangkan takat gaji para guru yang dihantar ke kawasan pedalaman. Golongan pendidik juga harus diwajibkan untuk menghadiri bengkel yang boleh membentuk jati diri yang tinggi terhadap kebertanggungjawaban dalam pembentukan masa depan anak bangsa. Selain soal wang ringgit, kerajaan perlu peka dan mengambil berat akan kebajikan guru-guru yang sudi menyahut cabaran untuk mengajar di kawasan pedalaman kerana mereka dikelilingi pelbagai risiko yang tidak diduga memandangkan litupan kawasan yang tidak meluas berbanding di kawasan bandar.

    Dengan rasa rendah diri, saya ingin membuka persoalan-persoalan yang telah dikemukakan tadi buat tatapan serta pencetus idea saudara saudari untuk sama-sama kita membincangkan isu ini. Selamat berforum semua!

10 Gambar BBM (Bukan Teknologi) Mengikut Sudut-Sudut dalam Bidang Fotografi


1.  Low Angle


2.  High Angle


3.  Extreme Close Up


4.  Big Close Up


5.  Close Up


6.  Medium Close Up


7.  Medium Shot


8.  Medium Long Shot


9.  Long Shot


10.  Extreme Long Shot

BBM - Youtube 10


     Buat para pendidik yang masih mencari-cari kaedah pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah yang efektif, video ini adalah jawapannya. Dengan adanya penerangan daripada penceramah yang merupakan seorang pakar sejarah dan dibantu pula dengan visual berupa gambar, video ini ibarat wacana dua dalam satu. Dengan penggunaan video sebegini, neuron para pelajar akan lebih terangsang untuk memahami ilmu sejarah yang selama ini dipelajari melalui pembacaan buku-buku ilmiah semata-mata. Hal ini sekaligus mengubah corak pendidikan matapelajaran itu sendiri yang selama ini tidak dinafikan telah memberikan cabaran yang cukup tinggi bagi pendidik subjek Sejarah khususnya.

BBM - Youtube 9


     Walaupun pendekatan yang digunakan di dalam penghasilan video ini lebih ke arah kebudak-budakan kerana penggunaan kartun dan lagu kanak-kanak iaitu Injit-Injit Semut, saya berpendapat bahawa semua lapisan masyarakat sesuai menonton video ini kerana ia sarat dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya kita. Pokoknya, matlamat video ini adalah untuk menekankan bahawa bangsa Malaysia turut memiliki kelebihan yang tersendiri dan kita tidak seharusnya terlalu mengagung-agungkan kelebihan yang ada pada bangsa barat.

BBM - Youtube 8


     Video ini mampu membangkitkan perasaan kagum dalam kalangan para pelajar yang akan mendorong kepada daya kreativiti mereka terhadap bidang reka cipta. Pada mulanya, mungkin mereka akan tertanya-tanya akan produk akhir yang terkandung dalam proses di dalam video ini. Namun setelah menonton sehingga ke penghujungnya, barulah tercetus perasaan kagum tersebut. Sebaik-baiknya, video ini dipertontonkan kepada para pelajar yang mengambil kursus pengiklanan kerana ia mengajar tentang trait pengiklanan yang baik serta mampu menarik minat orang ramai.

BBM - Youtube 7


     Video pendek yang telah memenangi anugerah Filem Pendek Paling Popular dalam pertandingan Filem Pendek pada bulan February 2006 sempena Festival Filem Antarabangsa Berlin yang ke-56 dengan tema 'Makanan, Rasa dan Kelaparan' ini sarat dengan nilai-nilai murni yang membawa kita menyelami perbezaan nikmat kehidupan di antara golongan yang berkemampuan dengan yang tidak berkemampuan di luar sana. Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 930 ton makanan dibazirkan dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung sikap suka membazir dalam kalangan rakyat agar ianya tidak menjadi semakin ruwet. Maka diharapkan dengan menonton video pendek ini, akan terbit perasaan insaf dalam kalangan pelajar.

BBM - Youtube 6


     Semua individu mahukan yang terbaik di dalam hidup mereka. Lantaran itu, kita harus berusaha keras agar dapat mencapai cita-cita yang diidamkan. Walau bagaimanapun, tidak semua perkara yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Oleh itu, saya memilih video seperti di atas sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi menekankan aspek nilai murni tersebut.

BBM - Youtube 5


     Kini, tiada alasan lagi untuk mereka yang malas melipat baju dengan kemas. Video youtube di atas memperlihatkan cara-cara melipat baju yang telah diinspirasikan oleh orang Jepun. Ianya bukan sahaja mudah dilakukan serta menjimatkan masa, namun turut menghasilkan lipatan yang sangat kemas dalam masa yang singkat. Semasa menonton video ini, terfikir di fikiran saya akan kebarangkalian idea cara melipat baju ini tercetus hasil daripada kreativiti orag-orang dari negara matahari terbit itu yang gemar membuat origami kertas. Apa pula pandangan anda?

BBM - Youtube 4


     Sekali lagi, saya memuat naik video youtube yang terkandung unsur helah magis di dalamnya. Kita semua sedia maklum akan kesan daya graviti yang akan menyebabkan sebarang objek terapung jatuh ke bawah. Waima hukum graviti bumi telah terbukti kewujudan serta impaknya, tayangan ringkas yang dipaparkan di dalam video ini mampu membuatkan si pemerhati kagum dengan keadaan air di dalam botol yang diterbalikkan kerana ia bertentangan dengan hukum graviti itu sendiri, lantaran air tersebut tidak tumpah sama sekali.

BBM - Youtube 3


    Mahu meletakkan sedikit sentuhan magis dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda dengan memasukkan unsur prinsip archimedes seperti yang dipelajari dalam subjek Fizik? Video ini boleh membantu! Sememangnya ia kelihatan sungguh ringkas, namun mungkin ada di antara kita yang tidak pernah terfikir akan helah magis yang memaparkan 'kehilangan' gelas yang diisi dengan minyak masak. Sebenarnya gelas tersebut tidak hilang, namun pandangan kita dikaburkan apabila minyak yang diisi di dalam gelas tersebut melimpah keluar sehingga mencapai paras ketinggian gelas. Selamat mencuba!

BBM - Youtube 2


     Di Malaysia, kita dapat melihat jurang perbezaan dari segi kepakaran ilmu kira-kira di antara orang Cina dan Bumiputera. Biarpun orang Cina memang terkenal dengan kebolehan mereka dalam mengira, namun ia tidak bermaksud bahawa orang Bumiputera tidak boleh mengasah kelebihan tersebut. Pada pendapat saya, minat terhadap subjek Matematik perlu dipupuk sejak kecil dan harus ada teknik yang bersesuaian dalam menyelesaikan persoalan-persoalan Matematik. Video di atas banyak menerangkan tips penyelesaian Matematik yang mudah dengan bantuan animasi bergerak yang mampu menarik minat kanak-kanak. Mungkin sukar untuk kita menjadi seperti genius Matematik negara iaitu Sufiah Yusuf dan Adi Putra, tetapi sekurang-kurangnya minat terhadap subjek tersebut berjaya disemai di dalam diri sendiri.

Wednesday, 7 December 2011

BBM - Youtube 1


     Eksperimen yang dilakukan di dalam video youtube ini sememangnya tidak dapat direplikasikan pada suhu seperti di Malaysia kerana ia memerlukan suhu persekitaran yang sejuk sepertimana di negara barat. Namun begitu, video ini masih boleh dimuatkan sebagai salah satu alat bantu mengajar kerana terdapat ilmu fizik yang terkandung di dalamnya. Dapatkah sebotol air minuman bertukar sepenuhnya kepada ais dalam masa kurang daripada 15 minit hanya dengan satu jentikan? Anda akan mendapat jawapannya setelah menonton video ini.

Tuesday, 6 December 2011

BBM - Gambar 10 (Kereta Berteknologi Tinggi)

Pernahkah anda terfikir akan ciptaan kereta seperti gambar-gambar di bawah? Mungkin ia cuma imaginasi semata-mata. Walau bagaimanapun, jika ia dipertontonkan kepada para pelajar, mereka pasti akan bermotivasi untuk menganggap bahawa rekaan-rekaan berikut boleh direalisasikan dengan kemajuan pesat teknologi pada masa hadapan serta daya inovasi mereka terhadap produk reka cipta.




BBM - Gambar 9 (Nur pada Kulit Buku)

Jika suatu hari nanti bahan-bahan cetak berupa ilmiah atau keagamaan diserikan dengan kulit buku yang bersifat 'glow in the dark', tentu sahaja para pembaca akan tertarik untuk membelinya di samping bersemangat untuk membaca isi kandungannya.



BBM - Gambar 8 (Luar Biasa)





Mungkin pada masa yang akan datang, kita bakal melihat satu lagi ciptaan unggul yang menggunakan laser sebagai alat pengesan skrin sentuh untuk telefon bimbit seperti gambar-gambar di atas.

BBM - Gambar 7 (Permainan)






Dewasa ini, para guru harus lebih peka akan  minat pelajar yang lebih cenderung untuk bermain sambil belajar kerana konsep pembelajaran seperti ini membolehkan pelajar memahami maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih efektif dan mereka tidak seharusnya disuap dengan pembacaan berdasarkan buku sepanjang masa. Dengan adanya permainan yang diselitkan di dalam sesi P&P, guru dan murid akan saling berinteraksi di samping bertukar pendapat dalam hala tuju yang sama, iaitu berkongsi pengetahuan.



BBM - Gambar 6 (Bentuk-Bentuk Asas 3D)

image


Bentuk-bentuk asas yang bersifat 3D seperti kiub, kuboid, silinder, prisma, serta piramid bertapak segi empat adalah bongkah-bongkah asas yang dipelajari dalam matapelajaran Matematik seawal sekolah rendah. Namun begitu, para pelajar sering menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti ciri-ciri bongkah-bongkah tersebut. Oleh itu, dengan adanya penyediaan bongkah sebenar untuk divisualkan kepada pelajar, mereka akan lebih memahami intipati pengajaran topik tersebut dengan lebih baik, berbanding daripada pembacaan melalui buku semata-mata.

BBM - Gambar 5 (Selimut Rantaian Polimer)





 Sejak dahulu lagi, kita sudah biasa melihat kraftangan kreatif iaitu 'selimut tampung seribu' yang dihasilkan dengan cantuman kepingan-kepingan kain perca yang pelbagai warna serta rupa. Sekali imbas, reka bentuk selimut ini amat menyerupai rantaian polimer yang dipelajari dalam subjek kimia. Maka kesimpulannya, aliran Sains sama sekali tidak menghalang proses pembelajaran yang mendorong ke arah daya pemikiran aliran Sastera dan begitu juga sebaliknya kerana gambar ini telah berjaya membuktikannya.






Monday, 5 December 2011

BBM - Gambar 4 ('Guna Suratkhabar Pun Boleh...')





  Jika dilihat sebelah mata, suratkhabar tidak memberi makna yang lebih daripada fungsinya sebagai bahan bacaan. Tetapi, bagi golongan yang berfikiran kreatif, suratkhabar dilihat sebagai sumber rezeki kerana melaluinya, seseorang individu boleh menghasilkan produk kreatif seperti yang ditunjukkan di atas.

BBM - Gambar 3 (Pengangkut Baju yang diperbuat daripada buluh)


Pengangkut baju yang diperbuat daripada buluh ini mampu membangkitkan suasana tenang di dalam kediaman. Ia mesra alam, menjimatkan kos, senang untuk dihasilkan, malah lebih berkualiti daripada pengangkut pakaian biasa yang terdapat di pasaran.

Thursday, 1 December 2011

BBM - Gambar 2 (Edible Jelly Cups)







Cawan istimewa ini diperbuat daripada agar-agar yang menyerupai gelatin yang mambantu pembentukan bakteria. Cawan ini boleh dimakan dan tidak berbahaya terhadap kesihatan si pemakannya. Ia juga istimewa kerana air yang diisi di dalamnya akan berasa sama dengan perisa agar-agar cawan itu sendiri. Selain itu, penggunaan cawan ini turut menjimatkan kos serta tiada pembaziran akan berlaku kerana sebarang sisa cawan bolah dibuang begitu sahaja di atas tumbuhan kerana kandungan nutrisi di dalamnya mampu membantu pertumbuhan tumbuhan.

BBM - Gambar 1 (Motor cycle Side car)





Kereta yang bernilai 20,000USD ini mampu memuatkan hanya dua orang penumpang di bahagian kereta, namun kelajuannya tiada tandingan. Tamgahan pula, ia merupakan kereta 'hybrid' yang membantu mengurangkan masalah pencemaran udara serta krisis kekurangan petrol kini.

Profil


NAMA : Diana anak Jopes

NO.MATRIK : A 129388

PROGRAM : Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian: Pengajian Bahasa Inggeris

TAHUN PENGAJIAN : Tahun 3

SEMESTER : 1 2011/2012

TUTORIAL :
HARI : Jumaat
MASA : 8.00 pagi – 10.00 pagi
TEMPAT : Makmal 3


FACEBOOK: Mariana Augustine

NO HP: 019-3554117

ALAMAT KOLEJ: Blok K6G-206, Kolej Aminuddin Baki

ALAMAT RUMAH: 73, Lrg. 1A, Tmn. How Ching, Jln Stephen Yong, 93250 Kuching, Sarawak.