P&P Hebat Pendidikan Mantap
Thursday, 8 December 2011
Kesanggupan Para Pendidik Untuk Mengajar di Kawasan Pedalaman
Suatu ketika dahulu, Berita Utama TV3 pernah mengupas isu berkenaan para guru yang ti dak sanggup berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk mengisi kekurangan tenaga pendidik pakar di kawasan pedalaman dalam lingkupan negeri-negeri di Pulau Borneo itu. Di sini kita dapat melihat betapa kecilnya golongan yang disanjung tinggi oleh masyarakat untuk mendidik anak bangsa apabila mereka mengeluh tatkala diberi tanggungjawab yang murni untuk dilaksanakan.
Sekiranya pada masa ini karakter tersebut telah terbentuk di dalam diri para pendidik kita, bagaimana pula dengan masa-masa yang akan datang? Adakah terbela nasib permata-permata negara yang ditelangkupi oleh kawasan pedalaman? Bisakah tercapai matlamat dan visi para pendidik yang telah mereka ikrarkan sebelum bergelar siapa-siap dahulu? Mungkin ketidaksanggupan ini berpunca daripada ketidakadilan dalam pembahagian gaji yang berpatutan dengan beban. Tetapi berbaloikah apa yang telah para pendidik kita dapat dengan apa yang telah mereka beri? Bukankah memberi itu lebih baik daripada menerima? Maka, di manakah persona yang harus diterjemahkan oleh para pendidik kita sebagai golongan terpelajar yang ingin mengajar serta belajar?
Sebagai penawar kepada penyakit ini, saya teruja untuk berkongsi beberapa langkah yang boleh dilaksanakan agar masalah ini tidak menjadi semakin ruwet. Pertama, kerajaan amnya dan Kementerian Pelajaran khususnya perlu mempertimbangkan takat gaji para guru yang dihantar ke kawasan pedalaman. Golongan pendidik juga harus diwajibkan untuk menghadiri bengkel yang boleh membentuk jati diri yang tinggi terhadap kebertanggungjawaban dalam pembentukan masa depan anak bangsa. Selain soal wang ringgit, kerajaan perlu peka dan mengambil berat akan kebajikan guru-guru yang sudi menyahut cabaran untuk mengajar di kawasan pedalaman kerana mereka dikelilingi pelbagai risiko yang tidak diduga memandangkan litupan kawasan yang tidak meluas berbanding di kawasan bandar.
Dengan rasa rendah diri, saya ingin membuka persoalan-persoalan yang telah dikemukakan tadi buat tatapan serta pencetus idea saudara saudari untuk sama-sama kita membincangkan isu ini. Selamat berforum semua!

10 Gambar BBM (Bukan Teknologi) Mengikut Sudut-Sudut dalam Bidang Fotografi
1. Low Angle
2. High Angle
3. Extreme Close Up
4. Big Close Up
5. Close Up
6. Medium Close Up
7. Medium Shot
8. Medium Long Shot
9. Long Shot
10. Extreme Long Shot
BBM - Youtube 10
Buat para pendidik yang masih mencari-cari kaedah pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah yang efektif, video ini adalah jawapannya. Dengan adanya penerangan daripada penceramah yang merupakan seorang pakar sejarah dan dibantu pula dengan visual berupa gambar, video ini ibarat wacana dua dalam satu. Dengan penggunaan video sebegini, neuron para pelajar akan lebih terangsang untuk memahami ilmu sejarah yang selama ini dipelajari melalui pembacaan buku-buku ilmiah semata-mata. Hal ini sekaligus mengubah corak pendidikan matapelajaran itu sendiri yang selama ini tidak dinafikan telah memberikan cabaran yang cukup tinggi bagi pendidik subjek Sejarah khususnya.
BBM - Youtube 9
Walaupun pendekatan yang digunakan di dalam penghasilan video ini lebih ke arah kebudak-budakan kerana penggunaan kartun dan lagu kanak-kanak iaitu Injit-Injit Semut, saya berpendapat bahawa semua lapisan masyarakat sesuai menonton video ini kerana ia sarat dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya kita. Pokoknya, matlamat video ini adalah untuk menekankan bahawa bangsa Malaysia turut memiliki kelebihan yang tersendiri dan kita tidak seharusnya terlalu mengagung-agungkan kelebihan yang ada pada bangsa barat.
BBM - Youtube 8
Video ini mampu membangkitkan perasaan kagum dalam kalangan para pelajar yang akan mendorong kepada daya kreativiti mereka terhadap bidang reka cipta. Pada mulanya, mungkin mereka akan tertanya-tanya akan produk akhir yang terkandung dalam proses di dalam video ini. Namun setelah menonton sehingga ke penghujungnya, barulah tercetus perasaan kagum tersebut. Sebaik-baiknya, video ini dipertontonkan kepada para pelajar yang mengambil kursus pengiklanan kerana ia mengajar tentang trait pengiklanan yang baik serta mampu menarik minat orang ramai.
BBM - Youtube 7
Video pendek yang telah memenangi anugerah Filem Pendek Paling Popular dalam pertandingan Filem Pendek pada bulan February 2006 sempena Festival Filem Antarabangsa Berlin yang ke-56 dengan tema 'Makanan, Rasa dan Kelaparan' ini sarat dengan nilai-nilai murni yang membawa kita menyelami perbezaan nikmat kehidupan di antara golongan yang berkemampuan dengan yang tidak berkemampuan di luar sana. Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 930 ton makanan dibazirkan dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung sikap suka membazir dalam kalangan rakyat agar ianya tidak menjadi semakin ruwet. Maka diharapkan dengan menonton video pendek ini, akan terbit perasaan insaf dalam kalangan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)